Saturday 24 November 2012

Pengalaman Dan Minat Dalam Teknik Beladiri


Rasanya elok kalau saya ulang semula cerita walaupun dah ada di tulisan awal tapi kali ini berlainan sedikit dengan cerita dulu supaya anda semua tidak sangsi dengan apa yang ditulis dalam blog ini. Saya sebenarnya adalah bekas jurulatih Seni Silat Melayu Asli yang begitu popular juga di kalangan persatuan silat yang aktif di negara ini iaitu Silat Cekak Hanafi. Sebelum saya mengenali silat ini saya pernah belajar Silat Gayuman 9 di Kelantan dan hampir menjadi jurulatih tetapi disebabkan kerana ingin menyambung pelajaran ke universiti maka saya terpaksa berhenti. Apabila masuk ke universiti saya belajar Silat Cekak Hanafi dan pada masa yang sama saya belajar juga Silat Gayung Malaysia sebagai subjek Ko-Kurikulum.

Selain dari ilmu yang dipelajari dari ketiga-tiga beladiri ini saya juga gemar mengkaji dan belajar teknik-teknik baru dalam mempertahankan diri bagi menambah lagi pengetahuan dan saya bersyukur juga mempunyai kawan dari seni beladiri yang lain seperti tomoi, silat terlak 4.

Teknik Beladiri - Teknik Pukulan Maut


Dalam merayau-rayau mencari teknik pukulan terjumpa teknik yang popular dalam silat seni gayung yang mana dipaparkan 10 buah pukulan maut silat seni gayung.

Saya kongsikan kepada anda semua bagi memberikan sedikit idea-idea teknik beladiri yang boleh anda gunakan disaat kecemasan nanti.

Biasanya dalam seni gayung terdapat beberapa teknik yang digunakan iaitu elak ke kiri dan ke kanan, tepis, tarik, langkah masuk, maju ke hadapan, berundur ke belakang dan banyak lagi.

Friday 16 November 2012

Teknik Beladiri - Jenis Serangan Musuh


Dalam mempertahankan diri terlebih dahulu perlu diketahui apakah jenis serangan yang dilakukan oleh pihak musuh atau lawan bagi memudahkan kita untuk melakukan gerak dan buah pukulan.

Biasanya serangan ini berbeza mengikut jenis aliran seni beladiri yang dipelajari oleh musuh atau pihak lawan ataupun kadang kala kita tidak mengetahui adakah musuh mempunyai ilmu beladiri atau tidak.

Keadaan ini memerlukan kepada pengamatan dari segi kedudukan jarak musuh, sebagai panduan ringkas sekiranya musuh dalam jarak yang jauh serangan biasanya akan dilakukan menggunakan kaki dan adakalanya menggunakan tangan dan boleh jadi kaki dulu kemudian tangan pula menyerang.

Teknik Beladiri - Teknik Sapuan Kaki


Dalam seni beladiri silat terdapat teknik untuk menjatuhkan lawan dengan menyapu kaki musuh, biasanya gerakan ini dilakukan dengan cepat dan kemas supaya musuh dapat dijatuhkan dengan cepat. Teknik sapuan kaki ada berbagai cara dan teknik yang boleh kita gunakan bagi mempercepatkan proses menjatuhkan lawan seterusnya menamatkan pergaduhan dengan segera.

Kebiasaannya teknik ini digunakan apabila musuh menggunakan sepakan luar dan sepakan tadi biasanya sepakan ke arah pinggang atau leher. Teknik sapuan kaki boleh dibuat samada dari arah hadapan atau belakang.

Tuesday 6 November 2012

Teknik Beladiri - Teknik Melepaskan Kuncian Leher


Serangan biasanya boleh dilakukan dapat berbagai cara dan bentuk samada serangan secara berhadapan ataupun di depan dan juga serangan dari belakang yang sukar untuk dijangkakan. Sebagai contonhnya serangan dari belakang dimana leher menjadi sasaran untuk dikunci oleh penjenayah.

Bagaimanakah kita hendak melepaskan diri dari kuncian leher ini dan seterusnya menyerang balas musuh dengan pantas. Dalam situasi ini kepantasan sangat penting bagi mengelakkan kuncian sukar untuk dibuka, oleh itu perlulah dibuat latihan secara kerap bagi mendapatkan tindakan refleksi yang cepat apabila berhadapan dengan situasi cemas ini.

Antara teknik beladiri iaitu teknik melepaskan kuncian leher yang boleh digunakan oleh kita adalah seperti gambar dibawah ini. Cuba fahami dan buat latihan bagi mendapatkan kepantasan dalam gerakan melepaskan diri dari kuncian leher.

Monday 29 October 2012

Teknik Beladiri - Titik / Sasaran Membunuh ( Killing Points)


Setiap seni beladiri mempunyai titik fokus yang menjadi tumpuan dan tujuan utama untuk menyerang lawan. Biasanya titik atau sasaran ini tertumpu di kawasan badan dan biasanya sasaran utama tumbukan adalah muka manakala serangan seterusnya barulah ditujukan ke killing points tertentu.

Secara umumnya titik ini digunakan secara berlainan mengikut jenis aliran beladiri yang diamalkan tetapi secara keseluruhannya titik ini bolehlah dikategorikan dan digambarkan dengan rajah dibawah ini :-

Tuesday 23 October 2012

Teknik Beladiri - Gaya Penumbuk Silat


Penumbuk akan digunakan untuk melakukan tumbukan pada musuh dengan menyasarkan atau memfokuskan pada tempat atau point tertentu pada badan musuh. Tumbukan sangat penting dalam seni beladiri kerana jika salah tumbukan maka musuh tidak akan kena dan dapat mengelak dari tumbukan. Sebelum mula mempelajari sesuatu buah pukulan cara menggengam penumbuk dan gaya menumbuk haruslah terlebih dahulu dibetulkan dan dikemaskan supaya tumbukan yang dibuat kuat dan mantap.

Thursday 4 October 2012

Teknik Beladiri - Teknik Menjatuhkan Lawan


Apabila berhadapan dengan lawan atau musuh tidak lengkap rasanya kalau tidak disusuli dengan menjatuhkan lawan dimana selepas serangan balas maka dilakukan pula teknik menjatuhkan lawan supaya kedudukan musuh menjadi lemah dan memudahkan kita membuat kuncian atau serangan terakhir.

Biasanya banyak teknik yang boleh digunakan untuk menjatuhkan lawan antaranya yang biasa kita lihat dalam seni beladiri aikido, judo dimana teknik yang digunakan adalah bantingan atau menghempas tubuh musuh ke bawah. Teknik lain yang sering digunakan adalah tolakan, tarikan dan sapuan kaki.

Wednesday 3 October 2012

Teknik Beladiri - Gerak Langkah Menghadapi Musuh


Setiap seni beladiri mempunyai teknik tersendiri apabila menghadapi musuh terutamanya dari segi gerakan dan langkah untuk mematahkan serangan musuh. Ada banyak cara dan gerakan yang digunakan dalam seni mempertahankan diri tetapi secara umumnya dapatlah saya kategorikan kepada dua jenis gerakan atau langkah.

Bagi menghadapi musuh ada sesetengah seni beladiri melangkah ke depan musuh untuk melakukan serangan balas atau kuncian manakala ada juga yang melangkah ke belakang musuh untuk mematahkan serangan.

Sunday 23 September 2012

Teknik Beladiri - Teknik Mengunci Serangan


Dalam mematahkan serangan lawan banyak seni beladiri menggunakan teknik mengunci tangan atau kaki dimana tumbukan atau tendangan dikunci bagi mematikan gerakan musuh. Kaedah mengunci serangan biasanya akan dibuat setelah tumbukan atau tendangan ditangkap terlebih dahulu.

Teknik kuncian biasanya ada dua keadaan dimana kuncian dibuat dalam keadaan berdiri atau keadaan jatuh iaitu menjatuhkan musuh. Kuncian yang dibuat biasanya sukar untuk dilepaskan dan keadaan ini akan mematikan gerak musuh dan musuh sudah pasti kalah ditangan kita.

Tuesday 11 September 2012

Teknik Beladiri - Teknik Menangkap Serangan


Serangan yang dilakukan boleh merbahayakan diri kita, dalam situasi yang getir ada perlunya kita melakukan teknik yang lebih selamat dari menepis atau menangkis iaitu menangkap dalam sesetengah seni beladiri memang diajarkan teknik menangkap serangan dari tumbukan dan tendangan.

Teknik Beladiri - Teknik Menangkis Serangan


Dalam keadaan musuh menyerang kita perlulah menangkis serangan bagi mengelakkan dari terkena tumbukan atau tendangan dari musuh. Serangan musuh ditepis atau ditangkis bagi menyelamatkan anggota badan dari ditumbuk atau ditendang dan seterusnya memudahkan langkah kita untuk menyerang balas musuh tadi.

Monday 10 September 2012

Teknik Beladiri - Tips Menunggu Serangan Musuh


Sepanjang terlibat dalam aktiviti persatuan beladiri dan kajian yang saya jalankan dapat saya berikan beberapa tips penting dalam teknik beladiri iaitu teknik menunggu serangan sebagai persediaan awal menghadapi musuh.

Teknik Beladiri - Cara Menunggu Serangan


Dalam ilmu seni beladiri terdapat teknik beladiri yang pertama perlu dipelajari adalah teknik menunggu serangan dimana setiap jenis dan aliran mempunyai cara menunggu serangan yang berbeza.

Wednesday 5 September 2012

Komponen Dalam Teknik Beladiri


Secara asasnya dalam teknik beladiri atau mempertahankan diri ada beberapa komponen penting yang perlu diketahui. Setiap jenis beladiri mempunyai teknik dan kedah beladiri yang berbeza dan ianya bersesuai dengan konsep beladiri tersebut sebagai contohnya beladiri jarak dekat akan menggunakan teknik pukulan dan kuncian manakala beladiri jarak jauh menggunakan tumbukan dan tendangan.

Sunday 2 September 2012

Seni Beladiri - 2 Kategori Asas


Dalam ilmu seni beladiri terdapat 2 jenis kategori asas iaitu. Kategori ini berdasarkan teknik yang digunakan dalam beladiri tersebut antaranya seni beladiri jarak dekat dan seni beladiri jarak jauh.

Saturday 1 September 2012

Persediaan Sebelum Belajar Teknik Beladiri


Jika anda sudah tahu betapa pentingnya mempelajari seni beladiri maka tugas saya semakin mudah untuk menerangkan langkah pertama anda sebelum mempelajari mana-mana teknik beladiri yang ada masa kini.

Monday 27 August 2012

Pengenalan Teknik Beladiri


Mempelajari seni mempertahankan diri atau teknik beladiri sangat penting zaman sekarang ini ditambah lagi dengan kes-kes yang cukup menakutkan dan mengerikan seolah-olah kejadian jenayah semakin berleluasa dan setiap orang sudah pasti terdedah kepada risiko kejadian yang tidak diingini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...