Friday 4 January 2013

Teknik Beladiri - Latihan Harian Teknik Beladiri


Setiap seni beladiri yang dipelajari tak kira walau peringkat mana sekalipun tetap memerlukan kepada latihan harian bagi meningkatkan kefahaman, ingatan dan kemahiran. Latihan ini merangkumi latihan peringkat asas, pertengahan dan peringkat kemahiran.

Bagi saya semakin banyak latihan dilakukan semakin mantap gerakan dan buah yang dibuat, ini dapat memberikan kelebihan kepada pengamal seni beladiri bagi memahirkan segala ilmu dan teknik beladiri yang dipelajari.



Sepanjang saya mengendalikan kelas latihan memang ada pelajar yang kurang menekankan kepada latihan yang berterusan, maka hasilnya agak sukar untuk dia mengikuti dan memahirkan teknik beladiri yang diajarkan, ini sudah pasti merugikan diri sendiri kerana orang lain telahpun jauh meninggalkan anda kerana keengganan melatih sendiri.

Tindakan ini tidak bagus kerana menyusahkan jurulatih dan menjadikan kawan-kawan merasa kecewa dan geram akibat kelewatan dalam meneruskan pelajaran. Kalau dulu di zaman saya belajar silat selain latihan yang disediakan oleh pihak persatuan saya juga membuat latihan sendiri dibilik bersama rakan-rakan secara tak langsung memcepatkan kefahaman dan kemantapan dalam membuat buah-buah pukulan.

Secara kesimpulannya lakukanlah latihan tambahan jika inign maju dan mahir dalam dunia seni beladiri tak kiralah walau apa jenis seni beladiri yang anda pelajari. Tingkatkan usaha dan cuba mahirkan ilmu dan teknik beladiri yang dipelajari dari setiap hari.

1 comment:

  1. Amat bermanfaat dalam mempertahankan diri dari musuh. Lihat juga video silat

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...