Tuesday 6 November 2012

Teknik Beladiri - Teknik Melepaskan Kuncian Leher


Serangan biasanya boleh dilakukan dapat berbagai cara dan bentuk samada serangan secara berhadapan ataupun di depan dan juga serangan dari belakang yang sukar untuk dijangkakan. Sebagai contonhnya serangan dari belakang dimana leher menjadi sasaran untuk dikunci oleh penjenayah.

Bagaimanakah kita hendak melepaskan diri dari kuncian leher ini dan seterusnya menyerang balas musuh dengan pantas. Dalam situasi ini kepantasan sangat penting bagi mengelakkan kuncian sukar untuk dibuka, oleh itu perlulah dibuat latihan secara kerap bagi mendapatkan tindakan refleksi yang cepat apabila berhadapan dengan situasi cemas ini.

Antara teknik beladiri iaitu teknik melepaskan kuncian leher yang boleh digunakan oleh kita adalah seperti gambar dibawah ini. Cuba fahami dan buat latihan bagi mendapatkan kepantasan dalam gerakan melepaskan diri dari kuncian leher.



Ini adalah salah satu dari situasi dimana leher dikunci dari belakang menggunakan tangan kanan tanpa memegang anggota badan yang lain.

Langkah 1 - Musuh mengunci leher dari belakang
Anda harus kenal pasti tangan mana yang mengunci leher anda dan bersedia untuk bertindak jangan cuba melawan dahulu.


Langkah 2 - Tangkap tangan kanan musuh yang mengunci leher ( pegang dibahagian pergelangan tangan ) menggunakan tangan kanan anda.
Tarik tangan kanan musuh ke bawah


 

 Langkah 3 - Tangan kiri memukul bahagian penyawa mangsa

 

Langkah 4 - Seterusnya siku ke muka musuh dengan menghayunkan siku ke belakang menuju ke arah muka musuh.

Langkah 5 - Pusing badan ke arah musuh untuk melakukan serangan di bahagian muka dengan lutut dengan memegang kepala sambil tangan kanan di angkat ke atas.

Langkah 6 -Lutut di bahagian muka musuh sambil tangan kiri menekan muka ke arah lutut.


Langkah 7 - Lipat tangan kanan musuh ke belakang untuk membuat kuncian

 Langkah 8 -Tarik ke arah bawah bagi menamatkan kuncian tangan musuh.


Dengan menguasai teknik beladiri ini iaitu teknik melepaskan kuncian leher dapat anda manfaatkan untuk diri anda sendiri, perlu diingatkan ini adalah salah satu teknik yang boleh anda gunakan dan mahirkan.








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...