Monday 10 September 2012

Teknik Beladiri - Cara Menunggu Serangan


Dalam ilmu seni beladiri terdapat teknik beladiri yang pertama perlu dipelajari adalah teknik menunggu serangan dimana setiap jenis dan aliran mempunyai cara menunggu serangan yang berbeza.



Daripada teknik menunggu serangan yang ada hanya 2 jenis atau teknik yang saya boleh kategori iaitu teknik menunggu serangan dengan cara berdiri lurus dan teknik menunggu serangan dengan berkuda-kuda.

Setiap teknik menunggu serangan dari pelbagai mempunyai kelebihan tersendiri dan ada alasan kenapa perlu berdiri sahaja atau kenapa perlu berkekuda atau bertapak.

Namun tujuan teknik ini adalah hanya satu dimana menunggu serangan yang datang. Ada beladiri yang menggunakan teknik menunggu serangan dengan cara mengumpan, ada yang menunggu tanpa mengumpan.

Berdasarkan pengalaman saya belajar ilmu beladiri saya dapati kenapa ada seni beladiri yang menggunakan teknik menunggu serangan dengan berkuda-kuda atau bertapak antaranya adalah untuk menguatkan kedudukan kaki supaya serangan yang dilakukan dapat dibuat mengikut gerakan tapak yang dipelajari.

Sementara bagi seni beladiri yang menggunakan teknik menunggu serang cara berdiri antara tujuannya adalah bagi memudahkan gerakan, mengelakkan musuh dari mengetahui bahawa kita mempunyai seni beladiri dan menyembunyikan bahawa kita sudah berada dalam keadaan bersedia disamping mengelirukan pihak lawan untuk memulakan serangan.

Inilah serba sedikit penerangan mengenai teknik beladiri dalam konteks menunggu serangan daripada pihak lawan ataupun musuh yang menyerang tak kiralah samada menggunakan tangan kosong ataupun bersenjata.

Akan bersambung pada siri akan datang dengan penerangan melalui gambar dan video bagi memudahkan kefahaman anda semua......

Sebelum itu cuba baca dulu ebook tentang rahsia beladiri dengan klik pada banner dibawah ini :-

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...