Saturday 24 November 2012

Pengalaman Dan Minat Dalam Teknik Beladiri


Rasanya elok kalau saya ulang semula cerita walaupun dah ada di tulisan awal tapi kali ini berlainan sedikit dengan cerita dulu supaya anda semua tidak sangsi dengan apa yang ditulis dalam blog ini. Saya sebenarnya adalah bekas jurulatih Seni Silat Melayu Asli yang begitu popular juga di kalangan persatuan silat yang aktif di negara ini iaitu Silat Cekak Hanafi. Sebelum saya mengenali silat ini saya pernah belajar Silat Gayuman 9 di Kelantan dan hampir menjadi jurulatih tetapi disebabkan kerana ingin menyambung pelajaran ke universiti maka saya terpaksa berhenti. Apabila masuk ke universiti saya belajar Silat Cekak Hanafi dan pada masa yang sama saya belajar juga Silat Gayung Malaysia sebagai subjek Ko-Kurikulum.

Selain dari ilmu yang dipelajari dari ketiga-tiga beladiri ini saya juga gemar mengkaji dan belajar teknik-teknik baru dalam mempertahankan diri bagi menambah lagi pengetahuan dan saya bersyukur juga mempunyai kawan dari seni beladiri yang lain seperti tomoi, silat terlak 4.



Berbekalkan ilmu yang dipelajari dan kajian yang dijalankan terhadap teknik beladiri dari luar dan dalam negara maka pengetahuan saya menjadi semakin bercambah dengan timbulnya idea-idea buah-buah pukulan dan beberapa teknik yang baru dalam mempertahankan diri.

Aktiviti setiap petang saya adalah melatih buah-buah silat dengan kawan dan berbincang mengenai teknik-teknik beladiri dari pelbagai jenis dan melatihnya setiap hari.

Gambar saya sedang berlatih kaedah asas menepis tumbukan

Gambar rakan saya iaitu Nik yang mempelajari Tomoi dan Silat Pencak 4

Kami berdua memang begitu meminati seni beladiri Nik dengan Tomoinya dan saya ( Hanafi ) dengan Seni Silat. Latihan dan perbincangan akan dibuat setiap hari pada sebelah petang antara jam 5.00 hingga 6.3. Aktiviti kami sering dilikat oleh remaja-remaja dan akhirnya ada yang berminat untuk belajar bersama.

Bagi saya disamping mengeluarkan peluh dengan aktiviti riadah yang sihat dapat juga memahirkan lagi seni beladiri masing-masing disamping dapat berkongsi idea dan maklumat teknik beladiri.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...