Tuesday 23 October 2012

Teknik Beladiri - Gaya Penumbuk Silat


Penumbuk akan digunakan untuk melakukan tumbukan pada musuh dengan menyasarkan atau memfokuskan pada tempat atau point tertentu pada badan musuh. Tumbukan sangat penting dalam seni beladiri kerana jika salah tumbukan maka musuh tidak akan kena dan dapat mengelak dari tumbukan. Sebelum mula mempelajari sesuatu buah pukulan cara menggengam penumbuk dan gaya menumbuk haruslah terlebih dahulu dibetulkan dan dikemaskan supaya tumbukan yang dibuat kuat dan mantap.



Setiap seni beladiri mempunyai cara dan gaya tumbukan yang berbeza dimana gaya ini bolehlah dibahagikan kepada 3 jenis. Lihat gambar dibawah ini untuk lebih jelas lagi....

Cara-cara genggam penumbuk.
Penumbuk mesti di genggam dengan rapat dan padu .
Genggaman penumbuk yang betul menyebabkan ia menjadi senjata yang lebeh berkesan dan merbahaya.
Penumbuk yang tidak digengam dengan betul boleh mencederakan tangan ketika menumbuk.
Lakukan latihan genggam penumbuk berulang kali , supaya sehingga menjadi cekap dan mahir.

Tiga cara asas menumbuk
Tumbuk tiarap - Biasanya digunakan dalam Seni Silat Gayung dan lain-lain.
Tumbuk ngiring - Biasanya digunakan dalam Seni Silat Cekak dan lain-lain.
Tumbuk lentang - Biasanya digunakan dalam Silat Gayung, Muay Thai dan lain-lain

Latihan tumbukan 
Buat latihan tumbukan satu jenis dulu kemudian beralih kepada jenis kedua dan yang lain apabila dah mahir.
Buat tumbukan dengan menggabungkan 3 jenis tumbukan pada satu masa.
Buat latihan menumbuk dengan pasangan iaitu seorang menumbuk dan seorang lagi menunggu serangan
Buat latihan menumbuk menggunakan tangan kanan dan tangan kiri.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...