Saturday 1 September 2012

Persediaan Sebelum Belajar Teknik Beladiri


Jika anda sudah tahu betapa pentingnya mempelajari seni beladiri maka tugas saya semakin mudah untuk menerangkan langkah pertama anda sebelum mempelajari mana-mana teknik beladiri yang ada masa kini.



Terdapat banyak jenis teknik beladiri di dunia ini, namun saya kategorikan kepada 2 jenis iaitu beladiri dalam negara dan beladiri luar negara. Jenis ini merujuk kepada seni beladiri yang terdapat dalam negara Malaysia dan juga menjadi kebanggsan bagi orang melayu iaitu seni beladiri Silat yang merangkumi pelbagai jenis dan aliran sebagai contohnya Silat Gayung ada Silat Gayung Pusaka, Silat Gayung Malaysia, Silat Gayung Fatani, Silat Gayung Makrifah dab banyak lagi alirannya. Selain itu ada juga Silat Cekak yang terdiri dari Silat Cekak Hanafi, Silat Cekak Malaysia, Pusaka Cekak Hanafi.

Bagi seni beladiri dari negara pula biasanya kita tentu pernah dengar Karate, Taekwondo, Jujutsu, Aikido, Boxing, Muay Thai dan banyak lagi. Dengan adanya banyak pilihan seni beladiri ini yang mempamerkan pelbagai teknik beladiri dan mempunyai konsep yang tersendiri dalam alirannya menjadikan anda ada banyak pilihan dan mungkin juga keliru untuk memilih yang mana satu perlu dipelajari dan yang mana terbaik perlu dipilih.

Perkara pertama yang perlu diambil perhatian adalah tujuan anda belajar beladiri adalah anda belajar semata-mata untuk menunjuk-nunjuk, mengambil bahagian dalam pertandingan atau mempertahankan diri. Ini kerana ada seni beladiri yang dicipta khusus untuk pertandingan dan bukan untuk pertandingan iaitu betul-betul digunakan untuk mempertahankan diri.

Sedikit sejarah dan pengalaman saya dalam perjalanan mempelajari pelbagai seni beladiri sejak dari bangku sekolah sehinggalah sekarang ini. Semasa sekolah menengah saya pernah belajar seni beladiri yang pertama saya iaitu Silat Gayuman 9. Waktu itu saya sempat belajar hampir-hampir ke tahap jurulatih, kemudian dalam masa yang sama juga oleh kerana begitu meminati seni beladiri saya belajar juga Silat Pulut yang kebetulan tidak jauh dari rumah saya waktu itu.

Kelas belajar dibuat sebelah malam hari 2 kali seminggu dan oleh kerana mendapat tawaran untuk sambung belajar saya terpaksa berhenti dan meninggalkan Silat Gayuman 9 dan berpindah ke UTM Skudai, Johor. Disana pula saya mendalami Seni Silat Cekak Hanafi yang mana jangka masa belajar lebih kurang 4 tahun sehingga tamat pengajian. Dalam kegiatan kokurikulum saya menyertai Silat Gayung Malaysia selama lebih kurang 2 tahun.

Apabila telah tamat pengajian saya banyak menyertai pertandingan dan mengikuti dan mengkaji seni beladiri yang lain disamping mempraktikkan untuk kegunaan diri saya sendiri disamping mempelbagaikan teknik beladiri saya. Ini sedikit sebanyak kisah dan pengalaman hidup saya dalam proses belajar seni beladiri.

Berdasarkan pengalaman ini dapat saya cadangkan kepada anda sekiranya ingin belajar teknik beladiri bolehlah belajar dulu Seni Silat Melayu asli kita dari bangsa kita sendiri dan selepas itu barulah boleh belajar seni beladiri dari luar. Ini kerana pada pandangan saya Seni Silat ada kelebihan yang tersendiri yang tidak ada pada beladiri dari luar negara.

Perkara kedua yang perlu dilihat adalah konsep seni beladiri yang ingin dipelajari itu, adalah ianya ringkas atau mempunyai banyak gerakan yang perlu dibuat kerana setiap seni beladiri berbeza dari segi gerakan, buah, jurus dan sebagainya. Pilihlah yang sesuai dengan minat anda dan anda rasakan mampu anda gunakan untuk mempertahankan diri.

Perkara ketiga adalah sistem tali pinggan iaitu dari mula menyertai sehinggalah ke peringkat yang tinggi iaitu Guru Silat. Ada sesetengah seni beladiri mempunyai banyak sistem tali pinggan dan ada juga yang tidak banyak sistem tali pinggannya. Terpulang kepada anda untuk menilai dan memilih sendiri samada boleh ditamatkan dalam jangka masa yang cepat atau tidak.

Perkara keempat adalah bayaran dan kos keseluruhan untuk menamatkan pengajian seni beladiri tersebut. Nilai sendiri keupayaan kewangan anda dan jangka masa untuk menamatkan pengajian. Bayaran ini merangkumi pakaian, tali pinggan, yuran bulanan, yuran untuk ujian kenaikan tahap, dan lain-lain bayaran.

Sebagai kesimpulan pilihlah dan kajia dulu konsep, sistem dan bayaran sebelum menyertai mana-mana seni beladiri dan pastikan belajarlah sehingga taman pengajian, barulah anda mendapat keseluruhan ilmu dalam satu-satu seni beladiri tersebut.

Bacaan Lanjut

Belajar Teknik Beladiri 10 Minit Sehari Hanya Dari Rumah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...