Sunday 2 September 2012

Seni Beladiri - 2 Kategori Asas


Dalam ilmu seni beladiri terdapat 2 jenis kategori asas iaitu. Kategori ini berdasarkan teknik yang digunakan dalam beladiri tersebut antaranya seni beladiri jarak dekat dan seni beladiri jarak jauh.



Dalam kategori yang seni beladiri jarak dekat, ianya lebih kepada tindakan menyelesaikan pertarungan dengan cepat dengan menggunakan teknik yang biasa digunakan seperti kunci, hempas dan mematahkan. Contoh seni beladiri yang termasuk dalam kategori ini adalah Silat, Judo dan Aikido.

Dalam kategori kedua iaitu seni beladiri jarak jauh ( bukan kebatinan ) yang biasanya akan mengambil jarak tertentu untuk mematahkan serangan musuh. Biasanya ia menggunakan teknik pukulan dan tendangan dan seni beladiri yang termasuk dalam kategori ini adalah seperti Karate, Tae Kwon Do, Tinju dan Thai Boxing.

Pemilihan sesuatu seni beladiri perlu mengambil kira 2 kategori asas ini iaitu jarak dekat dan jarak jauh. Ini supaya ianya bersesuai dengan kehendak dan bakat anda.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...