Monday 10 September 2012

Teknik Beladiri - Tips Menunggu Serangan Musuh


Sepanjang terlibat dalam aktiviti persatuan beladiri dan kajian yang saya jalankan dapat saya berikan beberapa tips penting dalam teknik beladiri iaitu teknik menunggu serangan sebagai persediaan awal menghadapi musuh.



Apabila kita berhadapan dengan musuh tidak kiralah samada musuh menggunakan tangan kosong ataupun bersenjata, perkara dibawah perlu diambil tindakan antaranya :-

1. Jangan panik dan sentiasa dalam keadaan terkawal
2. Jangan menyerang musuh sebelum mengkaji dulu situasi diri dan musuh
3. Sentiasa dalam keadaan bersedia sekiranya musuh menyerang
4. Cari kelemahan musuh dan gunakan ia bagi mempertahankan diri
5. Cari ruang dan tempat yang sempit mengelakkan serangan secara beramai-ramai
6. Gunakan apa-apa barang disekeliling yang boleh dijadikan senjata melawan musuh.
7. Pastikan anda menyambut, mengelak atau menepis dengan tepat, betul dan kemas apabila mematahkan serangan lawan.

Situasi pergaduhan atau pergelutan memang sukar dijangkan dan kita hendaklah sentiasa bersiap-sedia dengan sebarang kemungkinan samada musuh itu berseorangan ataupun berkumpulan. Praktikkan segala teknik beladiri yang dipelajari dengan betul, kemas dan laju. Gerakan kita hendaklah laju semasa mematahkan dan pastikan serangan balas mengenai musuh bagi melemahkan ataupun mencederakan musuh dan mengelakkan diri kita dari serangan yang berulang kali.

Akan bersambung pada siri akan datang dengan penerangan melalui gambar dan video bagi memudahkan kefahaman anda semua......

Sebelum itu cuba baca dulu ebook tentang rahsia beladiri dengan klik pada banner dibawah ini :-

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...