Thursday 4 October 2012

Teknik Beladiri - Teknik Menjatuhkan Lawan


Apabila berhadapan dengan lawan atau musuh tidak lengkap rasanya kalau tidak disusuli dengan menjatuhkan lawan dimana selepas serangan balas maka dilakukan pula teknik menjatuhkan lawan supaya kedudukan musuh menjadi lemah dan memudahkan kita membuat kuncian atau serangan terakhir.

Biasanya banyak teknik yang boleh digunakan untuk menjatuhkan lawan antaranya yang biasa kita lihat dalam seni beladiri aikido, judo dimana teknik yang digunakan adalah bantingan atau menghempas tubuh musuh ke bawah. Teknik lain yang sering digunakan adalah tolakan, tarikan dan sapuan kaki.



Dalam seni beladiri aikido biasanya tangan musuh akan ditangkap dan dipusingkan sebelum dihumbangkan ke bawah. Teknik tolakan badan, tarik tangan atau kaki ke bawah dan sapuan kaki biasanya digunakan dalam seni silat.

Dalam teknik menjatuhkan lawan biasanya gerakan tangan atau kaki perlu cepat setelah tangan atau kaki ditangkap dan musuh dijatuhkan dengan pantas sebelum sempat melakukan sebarang serangan baik dari tangan atau kaki.

Sekiranya tidak dibuat teknik menjatuhkan lawan ini rasanya tak lengkap bagi buah-buah pukulan yang dilakukan. Biasanya dalam buah pukulan mesti ada teknik menjatuhkan lawan barulah dikira buah tadi lengkap dengan adanya tepisan, tangkapan, kuncian dan menjatuhkan lawan.

Setiap gerakan dan langkah yang dibuat mestikan teratur dan pantas bagi memastikan muuh atau lawan jatuh tersungkur ke tanah dan tidak mampu untuk melawan semula.

Akan bersambung pada siri akan datang dengan penerangan melalui gambar dan video bagi memudahkan kefahaman anda semua......

Sebelum itu cuba baca dulu ebook tentang rahsia beladiri dengan klik pada banner dibawah ini :-

 

2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. keren banget berguna deh , jadi tau caranya

    Jual Geotextile

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...