Sunday 23 September 2012

Teknik Beladiri - Teknik Mengunci Serangan


Dalam mematahkan serangan lawan banyak seni beladiri menggunakan teknik mengunci tangan atau kaki dimana tumbukan atau tendangan dikunci bagi mematikan gerakan musuh. Kaedah mengunci serangan biasanya akan dibuat setelah tumbukan atau tendangan ditangkap terlebih dahulu.

Teknik kuncian biasanya ada dua keadaan dimana kuncian dibuat dalam keadaan berdiri atau keadaan jatuh iaitu menjatuhkan musuh. Kuncian yang dibuat biasanya sukar untuk dilepaskan dan keadaan ini akan mematikan gerak musuh dan musuh sudah pasti kalah ditangan kita.



Teknik mengunci serangan sangat baik digunakan kerana ianya ringkas dan memendekkan masa untuk mengalahkan musuh dimana kalau tiada teknik ini kita akan mengambil masa yang lama untuk menewaskan musuh. Apabila musuh dikunci maka berakhirlah pertarungan dan membolehkan kita mengalahkan musuh dengan pantas bagi memberikan ruang kepada musuh yang lain pula.

Teknik mengunci serangan bagus digunakan untuk menghadapi musuh yang terlalu licik dan banyak pergerakan, hanya menggunakan teknik kuncian sudah dapat mengalahkan musuh jenis ini.

Serangan kaki juga dapat dikunci dengan mudah dimana kaki akan dilipat kemas dan mengelakkan dari bergerak lagi untuk melakukan tendangan atau sepakan berikutnya.

Teknik mengunci serangan biasanya akan menggunakan tangan ataupun kedua-dua sekali dalam satu masa seperti pengamal jiu-jitsu lakukan dalam mengunci kaki ia akan menggunakan tangan dan kaki dimana kedudukannya adalah dibawah iaitu musuh dijatuhkan dahulu kemudian barulah dikunci.

Akan bersambung pada siri akan datang dengan penerangan melalui gambar dan video bagi memudahkan kefahaman anda semua......

Sebelum itu cuba baca dulu ebook tentang rahsia beladiri dengan klik pada banner dibawah ini :-

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...