Saturday 24 November 2012

Pengalaman Dan Minat Dalam Teknik Beladiri


Rasanya elok kalau saya ulang semula cerita walaupun dah ada di tulisan awal tapi kali ini berlainan sedikit dengan cerita dulu supaya anda semua tidak sangsi dengan apa yang ditulis dalam blog ini. Saya sebenarnya adalah bekas jurulatih Seni Silat Melayu Asli yang begitu popular juga di kalangan persatuan silat yang aktif di negara ini iaitu Silat Cekak Hanafi. Sebelum saya mengenali silat ini saya pernah belajar Silat Gayuman 9 di Kelantan dan hampir menjadi jurulatih tetapi disebabkan kerana ingin menyambung pelajaran ke universiti maka saya terpaksa berhenti. Apabila masuk ke universiti saya belajar Silat Cekak Hanafi dan pada masa yang sama saya belajar juga Silat Gayung Malaysia sebagai subjek Ko-Kurikulum.

Selain dari ilmu yang dipelajari dari ketiga-tiga beladiri ini saya juga gemar mengkaji dan belajar teknik-teknik baru dalam mempertahankan diri bagi menambah lagi pengetahuan dan saya bersyukur juga mempunyai kawan dari seni beladiri yang lain seperti tomoi, silat terlak 4.

Teknik Beladiri - Teknik Pukulan Maut


Dalam merayau-rayau mencari teknik pukulan terjumpa teknik yang popular dalam silat seni gayung yang mana dipaparkan 10 buah pukulan maut silat seni gayung.

Saya kongsikan kepada anda semua bagi memberikan sedikit idea-idea teknik beladiri yang boleh anda gunakan disaat kecemasan nanti.

Biasanya dalam seni gayung terdapat beberapa teknik yang digunakan iaitu elak ke kiri dan ke kanan, tepis, tarik, langkah masuk, maju ke hadapan, berundur ke belakang dan banyak lagi.

Friday 16 November 2012

Teknik Beladiri - Jenis Serangan Musuh


Dalam mempertahankan diri terlebih dahulu perlu diketahui apakah jenis serangan yang dilakukan oleh pihak musuh atau lawan bagi memudahkan kita untuk melakukan gerak dan buah pukulan.

Biasanya serangan ini berbeza mengikut jenis aliran seni beladiri yang dipelajari oleh musuh atau pihak lawan ataupun kadang kala kita tidak mengetahui adakah musuh mempunyai ilmu beladiri atau tidak.

Keadaan ini memerlukan kepada pengamatan dari segi kedudukan jarak musuh, sebagai panduan ringkas sekiranya musuh dalam jarak yang jauh serangan biasanya akan dilakukan menggunakan kaki dan adakalanya menggunakan tangan dan boleh jadi kaki dulu kemudian tangan pula menyerang.

Teknik Beladiri - Teknik Sapuan Kaki


Dalam seni beladiri silat terdapat teknik untuk menjatuhkan lawan dengan menyapu kaki musuh, biasanya gerakan ini dilakukan dengan cepat dan kemas supaya musuh dapat dijatuhkan dengan cepat. Teknik sapuan kaki ada berbagai cara dan teknik yang boleh kita gunakan bagi mempercepatkan proses menjatuhkan lawan seterusnya menamatkan pergaduhan dengan segera.

Kebiasaannya teknik ini digunakan apabila musuh menggunakan sepakan luar dan sepakan tadi biasanya sepakan ke arah pinggang atau leher. Teknik sapuan kaki boleh dibuat samada dari arah hadapan atau belakang.

Tuesday 6 November 2012

Teknik Beladiri - Teknik Melepaskan Kuncian Leher


Serangan biasanya boleh dilakukan dapat berbagai cara dan bentuk samada serangan secara berhadapan ataupun di depan dan juga serangan dari belakang yang sukar untuk dijangkakan. Sebagai contonhnya serangan dari belakang dimana leher menjadi sasaran untuk dikunci oleh penjenayah.

Bagaimanakah kita hendak melepaskan diri dari kuncian leher ini dan seterusnya menyerang balas musuh dengan pantas. Dalam situasi ini kepantasan sangat penting bagi mengelakkan kuncian sukar untuk dibuka, oleh itu perlulah dibuat latihan secara kerap bagi mendapatkan tindakan refleksi yang cepat apabila berhadapan dengan situasi cemas ini.

Antara teknik beladiri iaitu teknik melepaskan kuncian leher yang boleh digunakan oleh kita adalah seperti gambar dibawah ini. Cuba fahami dan buat latihan bagi mendapatkan kepantasan dalam gerakan melepaskan diri dari kuncian leher.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...