Tahukah anda? Apakah bentuk bahaya yang
sering menimpa diri buat seorang wanita? Disini klasfikasikan bahaya yang di
hadapi oleh seorang wanita mengikut turutan...
JENIS-JENIS
JENAYAH
3J’s. Singkatan daripada tajuk di atas
iaitu jenis-jenis jenayah. Sebelum mempelajarinya, anda perlu kenali atau
selidik dahulu jenis-jenis bahaya yang sering mendekati kaum wanita.
Jenis-jenis Jenayah yang sering berlaku terbahagi kepada dua bahagian iaitu
Jenayah Fizikal, Jenayah Harta Benda dan Jenayah Kejam dan Ganas.
Wanita@Perempuan@Gadis@Anak
Dara... Tidak Terlepas Dari Kanta 'Mata Pemangsa' (Penjenayah) Setiap Hari,
Setiap Masa, Setiap Saat, Pasti Musibah Menanti Mereka Di Mana-Mana.
Buktinya, Data Rekod Polis Menunjukkan Jenayah Rogol Negara Kita Puratanya
Berlaku Mencecah 6 Kes Setiap Hari...
|
Terdapat tujuh
bentuk jenayah yang sering berlaku di Malaysia ;
1. Jenayah Rogol (fizikal)
2. Jenayah Ragut (kejam & ganas)
3. Jenayah Bunuh (kejam & ganas)
4. Jenayah Rompak atau Samun (harta
benda)
5. Jenayah Curi (Harta Benda)
6. Jenayah Buli (fizikal)
7. Jenayah Dera (fizikal)
8. Jenayah Culik (fizikal)
9. Jenayah Pecah Premis (harta
benda)
Semua jenis-jenis jenayah yang tercatat
di atas merupakan kebarangkalian bahaya yang akan ‘mengganggu’ para wanita.
Kaum lelaki juga turut tidak terlepas dengan ancaman yang di sebutkan di atas,
tetapi tidaklah masuk akal jika ada dikalangan kaum lelaki menjadi mangsa pada
pemangsa rogol? Mungkin pemangsa itu perogol itu adalah gay atau pondan, itu
ada kemungkinan...
Kenyatan ini bukan ingin
menakut-nakutkan kaum wanita tetapi ianya ialah informasi dan peringatan
berguna supaya anda lebih berwaspada. Perlu diingat! Jenayah rogol yang sering
menimpa wanita makin meningkat dari masa ke semasa. Kes rogol yang dilapor di
negara ini meningkat sebanyak 31.5 peratus bagi tempoh Januari hingga September
tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas, dengan lebih 70 peratus
membabitkan mangsa berumur 18 tahun ke bawah.
Bagaimana untuk kita membanteras gejala
rogol ini...Jawapannya satu satu sahaja! Anda sendiri yang boleh mengurangkan
kadar bahaya itu jika anda berilmu dan mendalami ilmu bela diri. Jangan kita
mengharapkan pihak berkuasa sahaja yang melakukan jika anda tidak mahu membantu
dan berusaha melindungi diri sendiri. Harus diingat! Ianya juga bukan satu
jaminan sekiranya memiliki ilmu bela diri jika kita mahir dan matang
menggunakan ilmu yang dipelajari.
Atas rasa tanggungjawab dan azam untuk
membantu, edisi asas ini saya akan beri penekanan kaedah mencegah dan mengatasi
gejala jenayah seperti rogol, ragut dan bunuh. Sekiranya anda dapat menguasai
ilmu bela diri wanita ini mengikut panduan, petua dan praktikalnya, bukan satu
jaminan tetapi sekurang-kurangnya anda sudah mempunyai modal atau persediaan
dan pendedahan untuk membela diri dalam satu sistem tapi berguna untuk semua.
Ini bermakna apa yang akan anda pelajari di sini akan meningkatkan lagi
keyakinan dan keupayaan anda untuk berhadapan dengan gejala ini.
No comments:
Post a Comment