Friday 16 November 2012

Teknik Beladiri - Jenis Serangan Musuh


Dalam mempertahankan diri terlebih dahulu perlu diketahui apakah jenis serangan yang dilakukan oleh pihak musuh atau lawan bagi memudahkan kita untuk melakukan gerak dan buah pukulan.

Biasanya serangan ini berbeza mengikut jenis aliran seni beladiri yang dipelajari oleh musuh atau pihak lawan ataupun kadang kala kita tidak mengetahui adakah musuh mempunyai ilmu beladiri atau tidak.

Keadaan ini memerlukan kepada pengamatan dari segi kedudukan jarak musuh, sebagai panduan ringkas sekiranya musuh dalam jarak yang jauh serangan biasanya akan dilakukan menggunakan kaki dan adakalanya menggunakan tangan dan boleh jadi kaki dulu kemudian tangan pula menyerang.



Bagi musuh yang berjarak dekat biasanya serangan akan dibuat menggunakan tangan, lutut, siku atau kaki. Anda perlu melihat kedudukan musuh iaitu kedudukan kaki dan tangan musuh yang mana berada dihadapan biasanya kalau kalau tangan kiri dihadapan maka tangan kanan yang akan melakukan tumbukan begitu juga dengan kaki.

Situasi ini atau pergerakan ini sebenarnya untuk mengelirukan musuh dan boleh jadi juga serangan dilakukan dengan tangan atau kaki yang berada dihadapan, oleh itu haruslah berwaspada dengan setiap gerakan musuh bagi melakukan serangan balas atau buah pukulan.

Serangan musuh terbahagi kepada 2 kategori iaitu serangan tangan kosong dan serangan bersenjata, bagi serangan bersenjata lain pula caranya yang perlu dilakukan.

Sentiasa berhati-hati dan melihat pergerakan musuh, cuba lihat pada cara berdiri, anggota yang berada di hadapan, kedudukan kaki dan cuba baca jenis beladiri musuh dan gerakan yang bakal dilakukan. Bagi mendapatkan kemahiran ini perlukan kepada latihan dan ilmu yang tinggi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...