Sunday 3 February 2013

Teknik Beladiri - Teknik Tendangan Adakalanya Merbahaya


Teknik tendangan atau sepakan yang biasanya kita gunakan adakalanya boleh menyebabkan risiko kepada diri anda. Pernahkah anda mengalami situasi dimana tendangan atau sepakan anda berjaya ditangkis atau dipatahkah oleh lawan.

Antara tendangan dan tumbukan yang manakah paling laju dan cepat sampai, semua ini memerlukan kepada latihan yang cukup dan kedudukan semasa berlawan. Latihan tendangan atau tumbukan sememangnya laju dan bertenaga namun apabila berada dalam situasi sebenar lain pula jadinya tendangan yang dibuat tidak mengenai sasaran sebaliknya pula kita yang mendapat tumbukan dibahagian muka.



Kalau dibandingkan antara perlakuan tendangan atau sepakan sisi yang dibuat dengan tumbukan ke arah muka maka tumbukan lebih pantas dari tendangan bagi membuktikan keadaan ini mari kita lihat sepintas lalu video di bawah ini dan sama-sama berikan pandangan atau komen anda.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...