Tuesday 15 January 2013

Kuasai Teknik Menepis Tumbukan


Teknik ini merupakan teknik asas dalam beladiri dan sangat penting setiah ahli mahir menepis pelbagai jenis tumbukan dari pelbagai arah samada muka, dada ataupun pemyawa. Arah tumbukan boleh dipelbagaikan iaitu tumbukan dari arah hadapan , kiri, kanan dan belakang.

Latih bersama pasangan menumbuk hadapan dahulu iaitu tumbuk muka, dada dan penyawa dengan menggunakan tangan kiri dan kanan. Setelah mahir cuba pula tumbukan dari arah kanan, kiri dan belakang. Setiap arah perlu dimahirkan dengan menggunakan tangan kanan dan kiri barulah dikira dapat menguasai teknik beladiri asas iaitu teknik menepis tumbukan.



Latihan teknik ini sangat penting sebelum dapat beralih ke teknik seterusnya, latihan juga boleh dibuat tanpa pasangan iaitu dengan membuat shadow atau latih secara bayangan ( bukan berangan jer tapi ke buat). Pendek kata kalau dah mahi teknik ini sebenarnya pada peringkat permulaan sudah dikira selamat kerana setiap serangan sudah pasti ada menggunakan tangan atau kaki.

Bayangkan kalau pada peringkat awal serang sudah tak mampu nak menepis bagaimana nak teruskan dengan buah pukulan, inilah kenapa pentingnya mahirkan dulu teknik menepis tumbukan. Cuba buat latihan dengan seorang dulu pada peringkat awal kemudian latihan dengan 2 orang menumbuk secara bergilir-gilir bagi mendapatkan kepantasan dan menepis tumbukan yang laju dan dari musuh yang ramai.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...