Monday, 7 January 2013

Teknik Beladiri - Teknik Menangkis Tendangan


Dalam artikel lepas saya ada berikan teknik menepis tumbukan, kali kita belajar pula bagaiman untuk menangkis tendangan samada tendangan datangnya dari arah bawah ( lutut, pelipat ), tengah ( rusuk, penyawa, perut ), atas ( leher, kepala, muka ).

Serangan yang menggunakan kaki biasanya mensasarkan 3 bahagian utama iaitu kawasan lutut ke bawah, kawasan pinggang, kawasan leher atau muka.

Setiap jenis serangan kaki yang dibuat memerlukan teknik yang berbeza dan saya akan tunjukkan beberapa jenis teknik menangkis tendangan yang biasanya terdapat dalam beberapa jenis beladiri.

Saturday, 5 January 2013

Teknik Beladiri - Teknik Menepis Tumbukan


Tumbukan biasanya digunakan untuk menyerang mangsa dan dalam seni beladiri sudah pasti akan diajarkan dahulu cara menumbuk musuh. Tumbukan ada berbagai jenis dan gaya dan ianya juga bergantung kepada sasaran tumbukan tersebut namun untuk tujuan penerangan dan memudahkan proses pembelajaran saya akan menunjukkan hanya 3 sasaran tumbukan iaitu muka, dada dan bahagian penyawa atau alat sulit.

Biasanya permulaan dalam seni beladiri akan diajarkan cara menepis tumbukan yang datangnya dari pelbagai arah dan sasaran, kita akan belajar bagaimana untuk menepis tumbukan yang ditujukan di muka, dada dan alat sulit. Tumbukan yang biasa digunakan adalah tumbukan lurus tepat kea arah sasaran.

Friday, 4 January 2013

Teknik Beladiri - Latihan Harian Teknik Beladiri


Setiap seni beladiri yang dipelajari tak kira walau peringkat mana sekalipun tetap memerlukan kepada latihan harian bagi meningkatkan kefahaman, ingatan dan kemahiran. Latihan ini merangkumi latihan peringkat asas, pertengahan dan peringkat kemahiran.

Bagi saya semakin banyak latihan dilakukan semakin mantap gerakan dan buah yang dibuat, ini dapat memberikan kelebihan kepada pengamal seni beladiri bagi memahirkan segala ilmu dan teknik beladiri yang dipelajari.

Saturday, 24 November 2012

Pengalaman Dan Minat Dalam Teknik Beladiri


Rasanya elok kalau saya ulang semula cerita walaupun dah ada di tulisan awal tapi kali ini berlainan sedikit dengan cerita dulu supaya anda semua tidak sangsi dengan apa yang ditulis dalam blog ini. Saya sebenarnya adalah bekas jurulatih Seni Silat Melayu Asli yang begitu popular juga di kalangan persatuan silat yang aktif di negara ini iaitu Silat Cekak Hanafi. Sebelum saya mengenali silat ini saya pernah belajar Silat Gayuman 9 di Kelantan dan hampir menjadi jurulatih tetapi disebabkan kerana ingin menyambung pelajaran ke universiti maka saya terpaksa berhenti. Apabila masuk ke universiti saya belajar Silat Cekak Hanafi dan pada masa yang sama saya belajar juga Silat Gayung Malaysia sebagai subjek Ko-Kurikulum.

Selain dari ilmu yang dipelajari dari ketiga-tiga beladiri ini saya juga gemar mengkaji dan belajar teknik-teknik baru dalam mempertahankan diri bagi menambah lagi pengetahuan dan saya bersyukur juga mempunyai kawan dari seni beladiri yang lain seperti tomoi, silat terlak 4.

Teknik Beladiri - Teknik Pukulan Maut


Dalam merayau-rayau mencari teknik pukulan terjumpa teknik yang popular dalam silat seni gayung yang mana dipaparkan 10 buah pukulan maut silat seni gayung.

Saya kongsikan kepada anda semua bagi memberikan sedikit idea-idea teknik beladiri yang boleh anda gunakan disaat kecemasan nanti.

Biasanya dalam seni gayung terdapat beberapa teknik yang digunakan iaitu elak ke kiri dan ke kanan, tepis, tarik, langkah masuk, maju ke hadapan, berundur ke belakang dan banyak lagi.

Friday, 16 November 2012

Teknik Beladiri - Jenis Serangan Musuh


Dalam mempertahankan diri terlebih dahulu perlu diketahui apakah jenis serangan yang dilakukan oleh pihak musuh atau lawan bagi memudahkan kita untuk melakukan gerak dan buah pukulan.

Biasanya serangan ini berbeza mengikut jenis aliran seni beladiri yang dipelajari oleh musuh atau pihak lawan ataupun kadang kala kita tidak mengetahui adakah musuh mempunyai ilmu beladiri atau tidak.

Keadaan ini memerlukan kepada pengamatan dari segi kedudukan jarak musuh, sebagai panduan ringkas sekiranya musuh dalam jarak yang jauh serangan biasanya akan dilakukan menggunakan kaki dan adakalanya menggunakan tangan dan boleh jadi kaki dulu kemudian tangan pula menyerang.

Teknik Beladiri - Teknik Sapuan Kaki


Dalam seni beladiri silat terdapat teknik untuk menjatuhkan lawan dengan menyapu kaki musuh, biasanya gerakan ini dilakukan dengan cepat dan kemas supaya musuh dapat dijatuhkan dengan cepat. Teknik sapuan kaki ada berbagai cara dan teknik yang boleh kita gunakan bagi mempercepatkan proses menjatuhkan lawan seterusnya menamatkan pergaduhan dengan segera.

Kebiasaannya teknik ini digunakan apabila musuh menggunakan sepakan luar dan sepakan tadi biasanya sepakan ke arah pinggang atau leher. Teknik sapuan kaki boleh dibuat samada dari arah hadapan atau belakang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...