Monday 29 October 2012

Teknik Beladiri - Titik / Sasaran Membunuh ( Killing Points)


Setiap seni beladiri mempunyai titik fokus yang menjadi tumpuan dan tujuan utama untuk menyerang lawan. Biasanya titik atau sasaran ini tertumpu di kawasan badan dan biasanya sasaran utama tumbukan adalah muka manakala serangan seterusnya barulah ditujukan ke killing points tertentu.

Secara umumnya titik ini digunakan secara berlainan mengikut jenis aliran beladiri yang diamalkan tetapi secara keseluruhannya titik ini bolehlah dikategorikan dan digambarkan dengan rajah dibawah ini :-

Tuesday 23 October 2012

Teknik Beladiri - Gaya Penumbuk Silat


Penumbuk akan digunakan untuk melakukan tumbukan pada musuh dengan menyasarkan atau memfokuskan pada tempat atau point tertentu pada badan musuh. Tumbukan sangat penting dalam seni beladiri kerana jika salah tumbukan maka musuh tidak akan kena dan dapat mengelak dari tumbukan. Sebelum mula mempelajari sesuatu buah pukulan cara menggengam penumbuk dan gaya menumbuk haruslah terlebih dahulu dibetulkan dan dikemaskan supaya tumbukan yang dibuat kuat dan mantap.

Thursday 4 October 2012

Teknik Beladiri - Teknik Menjatuhkan Lawan


Apabila berhadapan dengan lawan atau musuh tidak lengkap rasanya kalau tidak disusuli dengan menjatuhkan lawan dimana selepas serangan balas maka dilakukan pula teknik menjatuhkan lawan supaya kedudukan musuh menjadi lemah dan memudahkan kita membuat kuncian atau serangan terakhir.

Biasanya banyak teknik yang boleh digunakan untuk menjatuhkan lawan antaranya yang biasa kita lihat dalam seni beladiri aikido, judo dimana teknik yang digunakan adalah bantingan atau menghempas tubuh musuh ke bawah. Teknik lain yang sering digunakan adalah tolakan, tarikan dan sapuan kaki.

Wednesday 3 October 2012

Teknik Beladiri - Gerak Langkah Menghadapi Musuh


Setiap seni beladiri mempunyai teknik tersendiri apabila menghadapi musuh terutamanya dari segi gerakan dan langkah untuk mematahkan serangan musuh. Ada banyak cara dan gerakan yang digunakan dalam seni mempertahankan diri tetapi secara umumnya dapatlah saya kategorikan kepada dua jenis gerakan atau langkah.

Bagi menghadapi musuh ada sesetengah seni beladiri melangkah ke depan musuh untuk melakukan serangan balas atau kuncian manakala ada juga yang melangkah ke belakang musuh untuk mematahkan serangan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...